Blogger Layouts

Monday 27 June 2011

WAHAI BAKAL ISTERI...TAHUKAH ANDA?

  • Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.
  • Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suami yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, Allah SWT akan memandangnya dengan penuh rahmat.
  • Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  • Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat 7 ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat 7 ketul perak.
  • Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12tahun.
  • Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya dengan cepat, dan taat kepada suami, Allah SWT akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukainya.
  • Apabila isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya
  • Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.

Maka, sungguh besar pahala isteri-isteri yg sentiasa taat dengan suaminya. Bg bakal suami pula, akan tetapi isteri bukan tempat untuk meluahkan kemarahan, ketidakpuasan hati, juga isteri tidak sewenangnya disuruh suruh hingga memudaratkan tubuh badannya. Seorang isteri adalah untuk dijaga, dihargai, dikasihi juga disayangi.


Renung renungkan dah Selamat Beramal ;)

0 comments: