Blogger Layouts

Thursday 19 May 2011

TIPS MENJADI ISTERI & SUAMI SOLEHAH

Kewajipan Seorang Suami
  • Pertama ialah membayar mahar dgn sempurna
  • Kedua memberi nafkah zahir & batin, Rasulullah bersabda:
 "Takutlah kepada Allah dlm memperlakukan wanita, kerana kamu mengambil mereka memperlakukan wanita, kerna kamu mengambil mereka dgn amanat Allah dan kamu halalkan kemaluan mereka dgn kalimat Allah dan kewajipan kamu adalah memberi nafkah dan pakaina kepada mereka dgn baik "


  • Ketiga suami wajib memberi perlindungan kepada isterinya. Bermaksud dia haruslah memberi tempat berlindung yang selesa mengikut kemampuan dirinya
  • Keempat mempergauli isteri dgn baik
Allah berfirman, "Dan pergaulilah mereka dgn cara yang baik (An-Nisa: 19)


Rasulullah saw. bersabda, " Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya; dan sebaik baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya. " Riwayat (Tirmidzi)








Kewajipan Seorang Isteri

  • Pertama mentaati suami. Namun, dalam mentaati suami ada juga batasannya, Batasan itu adalah seperti yg disabdakn Rasulullah S.A.W., "Tidak ada ketaatan terhadap makhluk yang melakukan maksiat kepada Allah & melakukan apa yang dilarangnya "
  • Kedua seorang isteri harus menjaga kehormatan dirinya, suami, & harta keluarga. (contohnya : meminta keizinan suami ketika keluar dari rumah dan memberitahu arah dan apa tujuan anda keluar. Jangan sesekali anggap perkara ini remeh kerana ia merupakan tanggungjawab seorang isteri)
  • Ketiga mengatur dan mengurus hal berkaitan rumah tangga seperti memasak untuk suami dan anak anak kerana air tangan seorang isteri adalah pengubat segala kepenatan suami dan dapat mengelak dari suami keluar berpoya poya di luar
  • Keempat melahirkan dan mendidik anak-anak. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda, "Wanita adalah pengasuh dan pendidik di rumah dan bertanggungjawab atas asuhannya. "
  • Kelima adalah si isteri harus berbuat baik dan melayani keluarga suaminya dgn penuh rasa kasih & ikhlas. Tip ambil hati mentua & ipar duai seperti memberi hadiah, memasak ketika sesekali pulang ke kampung, dan bercakap dgn sopan. 

0 comments: